Teriakan Balintawak

Teriakan Balintawak
Teriakan Pugad Lawin
Sebahagian daripada Revolusi Filipina

Bonifacio Monument
TarikhAugust 1896 (exact date disputed)
Lokasi
Disputed, officially recognized in Pugad Lawin or Balintawak, Caloocan, Province of Manila (now Quezon City)
Keputusan Start of Revolusi Filipina
* Tertubuhnya pemerintahan pemberontak
Pihak yang terlibat
Katipunan Spanish Empire
Komandan dan pemimpin
Andrés Bonifacio
Emilio Jacinto
Teodoro Plata
Ramón Blanco
Camilo de Polavieja
Bernardino Nozaleda

Teriakan Balintawak (Bahasa Filipino:Sigaw ng Balintawak, Sepanyol: Grito de Balíntawak), merupakan kejadian yang membawa kepada tercetusnya suatu revolusi dilangsungkan para revolusioner Filipina menentang Empayar Sepanyol.

Kejadian ini secara khususnya berlaku pada akhir bulan Ogos 1896 di mana sekumpulan ahli rahsia Katipunan diketuai oleh Andrés Bonifacio berhimpun di suatu daerah bernama Caloocan[1] (merangkumi kawasan-kawasan Kota Caloocan dan Kota Quezon kini[2]) mengoyak-ngoyak sijil pengenalan (cédulas personales) yang menandakan kesetiaan mereka ke atas pihak Sepanyol serta meneriak mengisytiharkan perang.[3]

Peristiwa ini diabadikan serta diperingati sebagai suatu cuti umum di Filipina bernama Hari Pahlawan Kebangsaan (National Heroes' Day).

  1. ^ Ocampo, Ambeth R. (1995). Bonifacio's bolo. Anvil Pub. m/s. 8. ISBN 978-971-27-0418-5.
  2. ^ Guerrero, Milagros; Encarnacion, Emmanuel; Villegas, Ramon (1996), "Balintawak: the Cry for a Nationwide Revolution", Sulyap Kultura, National Commission for Culture and the Arts, 1 (2): 13–22.
  3. ^ Borromeo-Buehler, Soledad M. (1998), The cry of Balintawak: a contrived controversy : a textual analysis with appended documents, Ateneo de Manila University Press, ISBN 978-971-550-278-8.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search